Perasaan itu hilang dalam sekelip mata. Mana ya dia pergi? Aku pun x tahu sama ada perlu ke aku cari semula. Tapi..akhir2 ni, aku asyik teringatkan dia. Kenapa ya? Teringat tanpa perasaan? Tanpa harapan. Ermmm...harapan? Yes, aku x mengharapkan apa2 cuma 1 saja yang aku harapkan tidak setinggi gunung dan tanpa kepastian, hanya sebesar semut, aku harap aku akan jumpa dia semula satu hari nanti. Hurmm..kalau betul la jumpa, apa yang akan berlaku? Itu yang merisaukan aku. Aku tak takut cuma risau dengan 1 soalan dan tujahan orang lain. Itu yang aku xnak dengar. Aku tahu dia sedar apa yang aku dah buat. Sory...itu yang boleh aku katakan. Aku xnak kenang benda yang dah lepas dan aku xnak bersoal jawab. lagi..lagi...dan lagi...
Excuse me to all org sekeliling... Aku x suka bersoal jawab dengan orang sekeliling berkenaan perkara remeh-temeh... Aku suka dengan kehidupan aku sekarang dan aku xnak ulang atau putar semula masa. Aku nak jalankan kehidupan aku seperti biasa. Target aku dah ditetapkan. Aku nak capai target aku...impian aku. Smoga kta jumpa satu hari nanti. Bila dan di mana tak mungkin kita tahu. Yang dapat aku kata kita pasti akan jumpa juga. Pasti...Waktu itu kita dah bersedia. Saat ini, aku sedar dan aku tahu kita tak serasi. Itu hakikatnya. Dan aku sendiri menolak kehadiran kau. Terima kasih kerana izinkan aku mengenali kau dan terima kasih juga kerana izinkan diri kau mengenali aku walau hanya untuk seketika. Terima Kasih !
(wahhh...ada bakat x nak jadi novelis? =>...hopefully one day tersenarai satu novel nukilan aku dalam bnyk2 novel yg ada kat psrn.. ha3..bajet teror mengarang plak kan? baru karang ciput..x salah mencuba kan..sikit2, lama2 jadi bukit..pasni kta share cover novel lak ya..ho3)
0 comments:
Post a Comment