image1 image2 image3

HELLO I'M JOHN DOE|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M PROFESSIONAL WEB DEVELOPER

GatRa


Dah lama x berpuisi...bersajak... dlu ms skolah rjn lak mengarang...skrg? hampehhh, 1 perenggan pon ssh nk siap... By d way, ni slh 1 sjk yg meragut hati aku u share dgn semua. sajak ni aku amik dr cerita Gatra. Aku x penah tgk ceta tu tp puisi lagu dan puisi dlm ceta ni best.. ok...slmt menghayati... 


Ini adalah senaskah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain.
Sesungguhnya kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan,
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna
Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu Maha Pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia
Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku
Namun saat ini kau juga adalah penyakitku
Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain
Kau adalah syurga
Aku yakini itu
Namun, aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya
Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya
Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada
Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka
Demi cinta, kesetiaan harus dibalas dengan darah dari jantung kita dan ketenangan jiwa kita
Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa
Maka, biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa
Marilah kita berjalan menuju kepada-Nya, mengadap dan bersujud
Memalingkan wajah kepada-Nya, memberikan segala jiwa kepada-Nya
Dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati
Kerana cinta buat-Nya akan kekal abadi………

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. fizah ni da mcm sasterawan plk..hu2

    ReplyDelete
  2. he3...kekdg ayat2 dlm puisi ni mksd mendalam.. tu yg suka.. tp km x sk ayat yg puitis jwg karat tu... hak tu geli.. hi3

    ReplyDelete