Karya Aisya Sofea
Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si Uda tidak putus asa. Si Dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya mungkin ada rasa rindu di sebalik bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.
Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi sedia berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad!Berat sungguh syarat itu. Namun, Si Uda tidak peduli. Si Dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
Ikuti cerita selanjutnya yang jelas pada episod akan datang. =)
Kan ku kejar cinta kamu
ReplyDeleteakan menyusul... nantikannya...yeahhh
ReplyDelete