3 hari aku berkampung di KL. Semuanya kerana tugas dan tanggungjawab di samping dapat menimba pengalaman dan pembelajaran. Sejujurnya aku katakan, perasaan tu biasa2 ja walawpon hakikat di mulut adalah gementar dan sedikit takut. Paham ke? Mcm nilah..straight to the point – “mulut kata gementar, kata takut, tapi hati sama ja..mcm x dak perasaan…hu3..”
Takut dan gementar tu mungkin kerana tanggungjawab yang aku pikul yang perlu aku laksanakan sepanjang tempoh masa tugas tersebut. Selesai ja tugas tu, maka lapang lah hatiku. He3… Apapun, bnyk jg pengalaman, pembelajaran dan pengajaran yang aku dapat. Salah 1 pengalaman yg aku nak cerita kat cni adalah tentang pengalaman aku menaiki LRT dan Komuter.
Wowww…hidup aku kat KL dlm tempoh 3 hari tu x bermaknalah tanpa LRT and Komuter. Mana x nya, semua tempat yang perlu aku lawati memaksa aku untuk menggunakan perkhidmatan LRT and Komuter. Nak sewa kereta, x tahu jln. Kang sesat berjam2 kat KL tu. Silap2 sehari aku pusing cari satu2 tempat.
Inilah pengalaman pertama aku survive sendiri dengan sorang lg kwn aku menggunakan LRT and Komuter kat area KL. Sebelum ni pernah jg naik Komuter taaapiii!!! tu masa aku darjah 6 dulu. 13 tahun yang lalu…waktu aku join lawatan sekolah ke area KL and Melaka. Wahhh..dah lama kan..kiranya ni kali kedua aku pijak kaki kat stesen komuter lah.. ho3… stesen dh maju skang… ha3..aku ja yang xtau.
Pada aku LRT and Komuter ni xjauh beza pon. Ada kekurangan and kebaikannya. LRT cepat tapi ramai…ssh sgt nk dapat duduk. Klw dapat duduk tu kira nasib la. Tapi bila tgk signboard kat atas pala tu…kerusi tu sbnrnya disediakan untuk org krg upaya, wanita hamil dan org tua. Maknanya sapa yang duduk tu, org tu tersenarai dlm kategori tu la…ha3…u ols sedar x? I pon x sdr pd mulanya. So, kta sama la. Tergolong dlm kategori tu la.. he3.. Klw dh pnt diri and kebetulan ada tmpt ksg, buat apa kta nk biar tmpt tu kosong ye x? (itulah alasan u duduk dgn tenang kan). Pada yang kuat berdiri tu (focus pd org muda), jgn la sgn nk duduk klw kondisi diri tu x mengizinkan anda berdiri. Bknnya apa, ms dlm LRT tu, tergamam semua org bila tetiba ada sorang wanita muda tetiba jatuh. Boleh dikatakan pitam la (loghat kedah). Nasib x apa2. Dah la dia berdiri kat pintu…wat terkapit pintu tu, xke naya. Tp x blh jg nk slhkn dia sb masa tu semua kerusi penuh and ramai sgt org. Aku pon sbnrnya risau klw tetiba pitam sb bnyk berdiri, berjalan dan berkejar. Tentang komuter lak..pada aku, Komuter mmg la lambat tp easy to get seat. Mgkn jg masa perkhidmatan yg aku guna tu adalah masa org x ramai. Tapi apa yg pasti memang lama lah aku dalam tu. Dekat 2 jam jg la br aku sampai kat destinasi yang aku nak tuju.
Cadangan aku pada para novelis dan pembikin filem - anda sebenarnya dapat menghasilkan sebuah cerita yang menarik mengenai kehidupan dengan hanya bertapa di dalam dan sekitar LRT. Kita akan sedar siapa diri kita, kehidupan kita dan kenangan kita bila kita tengah bercerita. Dari situ, kita akan cuba mengolah cerita tersebut dengan menggunakan rekaan watak2 lain. Mmmmm……..(menarik juga kan?)
Pada aku…LRT – wat aku terawang2 bila melalui satu stesen yang aku sendiri x turun. Melayang-layang fikiran aku. Fikir dan terus berfikir serta mengimbau cerita2 di sebaliknya. Semuanya mengingatkan aku akan kenangan di bulan Mei dan Jun. Benarlah kata org, sesuatu kenangan itu skr dilupakan jika ia kukuh terpahat di hati. Akan aku kenang selagi memori ini mampu menyimpannya. =)
0 comments:
Post a Comment