Masih segar di ingatan kita tatkala kita dirotan kerana malas bangun solat subuh. Masih segar dalam ingatan kita tatkala kita pecahkan pasu kesayangan mak kita. Kita gores kereta buruk ayah kita. Kita terus menerus menipu mereka tapi terus menerus juga mereka memaafkan kita. Mereka itulah insan yang luar biasa, ibu dan ayah kita. Hari ini kita sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri. Adakah kita mula lupa tentang asal usul diri ini.
Terima kasih mak sebab ajar adik pakai kain batik, Terima kasih mak sebab jaga adik ketika adik sakit, terima kasih abah sebab ajar adik jadi perempuan berani dan mampu berdikari.
Cinta mereka cinta tanpa syarat. Cinta mereka tak harap dibalas. Oleh kerana itu, Allah sendiri mengangkat darjat mereka dengan meletakkan syarat pada anak2 supaya beradab dan berakhlak dengan mereka.
Allah meletakkan syarat 1 dalam surah al-Isra ayat 23 : "Hendaklah kamu berbuat baik pada kedua ibubapa, menggembirakan mereka dan kabulkan permintaan mereka. Jangan pernah khianati kepercayaan mereka". Syarat ke-2 dalam ayat yang sama : "Janganlah pernah kamu membentak kedua ibubapa kamu bererti jangan pernah mengatakan perkataan yang bakal menyakiti mereka. Perkataan seperti mak tak adil, mk pilih kasih, mak tak sayang saya, saya harap mak bukan mak saya, saya benci mak." Jangan tuan2... Walau hari ini kita seorang peguam yang petah bicara, walau hari ini kita seorang pemimpin yang memimpin negara, walaupun seorang pencetus ummah di mimbar pencetus ummah, kita tetap lahir dari rahim seorang ibunda dan dibesarkan oleh tangan seorang ayahanda. Jangan pernah merasa diri lebih besar daripada mereka kerana mereka telah banyak berkorban.
Kepada mereka yang masih ada ibu dan ayah, jadikanlah mereka pintu untuk kita ke syurga. Jadikanlah mereka itu sebab Allah redha terhadap kita. Dan kepada mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah, carilh amalan yang mampu memberi mereka saham pahala. Biar mereka bergembira keranamu ya anak seperti kita. Kepada mereka tak punya ibu dan ayah, jauhilah maksiat, tutuplah aurat. Kasihan mereka sakit di alam barzakh sana. Kasihan mereka sakit kerana kita.
Kepada mak dan abah, adik minta maaf tak mampu menjadi anak yang berjaya sentiasa tapi adik akan cuba menjadi anak yang solehah di sisi Allah SWT supaya kita dapat sama2 berpimpin tangan menuju ke syurga dan bersiar2 di taman2 syurga.
0 comments:
Post a Comment